Rumah Haji Su Kuala Terengganu
Terengganu kini memiliki satu lagi produk tarikan pelancong, rumah warisan Haji Su di Kampung Losong Haji Su di sini yang memancarkan keindahan dan keunikan seni bina pertukangan Melayu.Rumah yang suatu ketika menjadi milik keluarga pedagang dan menjadi salah satu simbol kediaman golongan pertengahan masa silam mulai dibuka setiap hari untuk orang ramai.
Pada setiap Ahad pula, demonstrasi tenunan songket, pembuatan batik, tembaga serta ukiran kayu turut disediakan untuk tatapan para pengunjung.
Sebahagian dari senibina turun temurun pertukangan rumah Terengganu yg telah dibaikpulih oleh Lembaga Muzium Terengganu.
Rumah warisan yg terdiri dari rumah limas belanda dan rumah bujang berpeleh kembar tiga. Mempunyai 70 tingkap dan 12 pintu.Dibuka setiap hari kecuali Jumaat. Jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang. Anda boleh membeli belah keropok lekor Losong yg terkenal disekitar kawasan rumah warisan ini.
kredit: utusan.com & terengganuphoto.blogspot.com
photo by: hasifhamidun production
kredit: utusan.com & terengganuphoto.blogspot.com
photo by: hasifhamidun production
0 comments: