Ada Apa Di Pantai Remis?
Pantai Remis ni terletak di Jeram, Kuala Selangor. Kuala Selangor merupakan bandar dan daerah di zon utara negeri Selangor, Malaysia. Daerah Kuala Selangor bersempadan dengan daerah Klang di bahagian selatan, Petaling danHulu Selangor di sebelah di timur dan Sabak Bernam di sebelah utaranya. Di barat pulanya menghadap Selat Melaka.
Bagi yang tinggal di Kuala Lumpur, anda boleh datang ke Kuala Selangor melalui Setia Alam-Meru-Kapar-Jeram. Atau pun melalui Selayang-Rawang-Bestari Jaya-Kuala Selangor.
Di bawah ni saya sediakan Google Maps bagi memudahkan anda untuk akses ke Pantai Remis ni.
Di bawah ni saya sediakan Google Maps bagi memudahkan anda untuk akses ke Pantai Remis ni.
Pantai Remis ini tidaklah se popular Pantai Morib tapi ia merupakan salah satu pantai tumpuan keluarga pada musim cuti sekolah mahupun hujung minggu. Kedudukan yang tidak jauh dari pekan Kuala Selangor dan pekan Kapar, menarik minat ibu bapa sebagai lokasi riadah tumpuan mereka di hujung minggu sambil meluangkan masa bersama anak-anak. Terdapat banyak gerai-gerai yang menjual makanan di sekitar Pantai Remis ini. Anda boleh datang dan pilih mana-mana gerai yang anda berkenan. Tandas awam pun juga disediakan.
Di Pantai Remis ni, anda boleh merehatkan minda sambil menikmati permandangan sunset yang cantik. Nak lagi best? Beli kerang bakar/rebus, makan tepi pantai tu.. sambil minum air kelapa muda.. Wow..syok!! :)
Salah satu gerai tumpuan orang ramai. |
Banyak kereta parking di tepi-tepi pantai. |
Penuh dengan pengunjung. |
Pantai yang berlumpur menghadap ke selat melaka. |
Permandangan yang mendamaikan. |
Menunggu sunset. |
Sinaran matahari selepas waktu hujan. |
Banyak kanopi2 jualan seperti pasar malam. |
Tapak penjaja Pantai Remis. |
Restoran-restoran yang menjual pelbagai makanan dan minuman untuk pengunjung di pantai remis ini. |
Kemudahan taman permainan turut disediakan. |
Khemah peniaga. |
Parkir kereta banyak disediakan. |
Menikmati kerang rebus sementara menunggu sunset. |
Permandangan indah waktu matahari terbenam. |
Mendamaikan.. |
Pantai Remis. |
menarik. salam. saya nak tanya, pasar basah pantai remis dan kedai makan seafood buka setiap hari ke? dan kalau bulan disember pantai dan bekalan seafood terjejas oleh monsoon atau x? tqsm
ReplyDeletemenarik. salam. saya nak tanya, pasar basah pantai remis dan kedai makan seafood buka setiap hari ke? dan kalau bulan disember pantai dan bekalan seafood terjejas oleh monsoon atau x? tqsm
ReplyDeleteSalam. Maaf. Saya tak pasti pasar basah pantai remis buka setiap hari atau tak.
DeleteMalam apa ada kt pantai remis?
ReplyDeleteCuma ada beberapa kedai makan yang beroperasi di sekitar Pantai Remis.
Delete