Cara Beli Kereta Mampu Milik Yang Mesti Anda Tahu

09:45:00 Hasif Hamidun 3 Comments

Sebelum kahwin: “Awak, belilah Honda Civic baru tu. Cantik sangatlah design dia. Gaji awak RM3,500 mesti lepas punya.”
Dekat nak kahwin: “Bi, buatlah personal loan RM30,000 untuk majlis kita nanti. Bi kan kerja kerajaan, mesti senang lepas.”
Lepas kahwin: “Abang, jom beli rumah. Saya tengok ramai orang muda-muda dah beli rumah. Kita bila lagi. Sampai bila nak menyewa, kan.”
Pergi ke bank: “Ala bang, kenapa tak lepas pula nak beli rumah ni. Komitmen abang tinggi bebenor kot. Bencilah macam ni. Abang tak sayang saya ke?”
Krik. Krik. Krik... (sampai lebam)
Honda Civic Hatchback - Sumber Google.

2 Formula Beli Kereta Mampu Milik!
Tak tahu nak beli kereta harga berapa? Saya kongsikan 2 formula beli kereta mampu milik.
Kereta mahal dah jadi impian sejak tahun satu pengajian di universiti. Dengan harapan, lepas dapat saja kerja pertama dengan gaji RM2500, nak beli kereta yang paling mahal yang layak untuk gaji tu.
Kalau lepas Honda Civic, nak angkat juga. Iyalah, lambang kebanggaan dan pengukur kejayaan anda. Haha. Lawak. Itu adalah pemikiran budak-budak baru nak up.
Ketahuilah, jika anda mampu beli kereta, belum tentu anda mampu beli rumah. Tapi kalau anda mampu beli rumah, pasti anda mampu beli kereta. Ada faham? Kalau ramai yang tak faham, nanti saya terangkan.
Jadi, saya ingin kongsikan formula untuk beli kereta mampu milik.
Cara Pertama
Harga kereta tidak lebih gaji tahunan anda. Jadi jika anda bergaji RM2700, harga kereta anda mestilah tidak lebih daripada RM32,400. Itu kalau gaji RM2700. Kalau gaji RM1800 je? Haaa...fikir-fikirkanlah.
RM2700 x 12 = RM32,400
Proton Saga FLX pun boleh dapat dah dengan harga RM33k++. Tapi tak glamourlah kalau fresh bankerengineer atau arkitek pakai Proton Saga atau Perodua Axia kan? Paling tidak, nak angkat Toyota Vios, Nissan Almera, Honda City. Kan kan? Ye dok mung?
Cara Kedua
Ansuran bulan mesti tidak lebih 15% (lagi rendah, lagi bagus) daripada gaji anda. Saya sendiri pakai kereta ansurannya tak sampai 8% daripada gaji isi rumah. Jadi, jika anda bergaji RM2700, ansuran bulanan kereta ideal anda adalah RM405.
RM2700 x 15% = RM405
Kalau gaji, RM2000 = RM300
Jika hanya 15% digunakan untuk beli kereta, baki lagi 85% daripada gaji bolehlah buat simpanan kahwin, simpanan deposit rumah dan lain-lain. Okay dapat?
Perodua Axia- Sumber Google.

Habis tu, kalau gaji RM8,000 sebulan memang kena beli kereta berharga RM96,000 ke? Tak...
Beli kereta ikut keperluanlah. Kalau tak perlu kereta mahal, tak perlu kereta besar buat apa beli. Selepas 9 tahun, jadi besi buruk juga. Bila anak-anak dah ramai, kalau perlu bolehlah dipertimbangkan untuk upgrade kereta yang lebih besar untuk keselesaan keluarga.
Dan suami isteri kalau tak perlu 2 kereta, pakai saja 1 kereta kongsi. Pergi dan balik dari ofis bersama. Dalam kereta, bolehlah sembang-sembang, gurau-gurau untuk menyuburkan cinta, supaya sentiasa mekar dalam kamar bahagia. Haha.
Kita lihat pula perangai fresh graduate biasa sekarang ni. Bergaji RM2700, tetapi memiliki kereta dengan ansuran bulanan RM800. Mari kita kira sama-sama.
(RM800/RM2700) x 100% = 30%
30% daripada gaji diperuntukkan untuk ansuran bulanan adalah sangat tidak bagus. Kereta mahal, road tax mahal, maintenance mahal. Silap-silap kereta tu mungkin makan sampai 60% daripada gaji mereka setiap bulan.
Tinggal 40% sahaja daripada gaji untuk survive sebulan. Simpanan kahwin pun belum tentu ada. Apatah lagi saving untuk deposit beli rumah. Last choice, nak kahwin, pakai Pembiayaan Peribadi RM30,000.
Beli kereta mahal nak impress bakal bapak mertua? Memang bapak mertua kagum dengan ‘pancapaian’ anda. Tapi anda yang merana sorang-sorang. Hujung bulan makan Megi dalam kereta mahal sambil menitiskan air mata. Hiokk..hiok..hiokk..
Jenis-jenis Kereta- Sumber Google.

Fikirkanlah banyak kali sebelum anda terjebak dengan kereta-kereta mahal ya. Jika anda nak pakai kereta lebih glamour, anda boleh cari side income yang mampu bagi menampung bayaran ansuran kereta tersebut untuk tiap-tiap bulan. Contohnya, business online, part time di restoran, atau sebagainya.
Sekian, terima kasih. Jumpa lagi ye.
Edited by HH.
#hasifhamidun
Nak SHARE? Silakan.

kredit thevocket.com

You Might Also Like

3 comments:

  1. Kalau sy yg bergaju basic rm2350, nak beli kereta(sedan) rm540 sebulan, tapi kereta untuk buat grab sebagai duit tambhan kereta boleh ke ? Adkah perlu atau tidak

    ReplyDelete