Jenis-jenis epal yang perlu anda tahu!

23:08:00 Hasif Hamidun 0 Comments

Apabila kita pergi ke pasar dan lalu kat bahagian jual epal / apple, mesti kita perasan ada 2 jenis epal je dalam dunia ni, iaitu epal merah & epal hijau. Kan?? hahaha..
Sebenarnya epal ni ada banyak jenis, warna dan corak. Jenis-jenis epal ini berbeza mengikut rasa, rupa dan kegunaannya. Ada epal yang sedap apabila dimakan begitu sahaja, ada epal yang sesuai untuk dibuat salad, dan ada juga epal yang sesuai untuk digunakan dalam masakan. Dibawah ni ada jenis-jenis epal yang perlu anda tahu dan dapat anda bezakan.  :)

Jenis-jenis epal:

1. Braeburn.
Braeburn apple.

Berubah daripada warna kehijauan emas hingga ke merah. Ia ranggup dan aromanya menggabungkan rasa manis dan masam. Sesuai dijadikan snek dan juga salad.


2. Jonagold.
Jonagold apple.

Warna asasnya adalah kuning hijau dengan jalur merah muda. Sesuai dimakan begitu sahaja atau digunakan dalam masakan.


3. Golden Delicious.
Golden Delicious apple.

Ia epal serba guna yang lazimnya dipilih untuk masakan. Isi putih pejal dan berkulit lembut sehingga anda tidak perlu mengupasnya. Bentuk dan rasa lembut kekal apabila dibakar atau dimasak.


4. Granny Smith.
Granny Smith.

Berwarna hijau terang ada kalanya dengan sedikit merah muda. Ia terasa asam, rangup dan amat sesuai jika dibakar.


5. Cameo.
Cameo apple.

Cameo sejenis epal manis dengan tekstur pejal. Bercirikan jalur merah gelap di atas latar belakang berwarna krim. Sesuai sebagai snek.


6. Red Delicious.
Red Delicious apple.

Ia epal kegemaran Amerika dan memiliki kulit berwarna ruby gelap dan berbentuk hati klasik. Rasa manis sederhana serta kerangupan tersendiri menjadikan ia snek bertaraf lima bintang.


7. Cripps Pink.
Cripps pink apple.

Rasanya masam manis dan isi pejal yang rangup. Sesuai dimasak atau dimakan begitu sahaja.


8. Gala.
Gala apple.

Berbentuk hati dengan warna kulit kuning jingga. Rasa manis dan rangup sekali.


9. Fuji.
Fuji apple.

Fuji yang rangup dan berjus ini mungkin berwarna kuning kehijauan dengan ton merah. Rasa berempah serta manis menjadikan ia sesuai untuk salad.


10. Honeycrisp.
Honeycrisp apple.

Memiliki kulit luar berwarna merah terang dan hijau pucat. Amat sesuai untuk salad.

You Might Also Like

0 comments: