Kahwin RM3000 je? Biar betul?
Kahwin Bajet RM3000?
Sejak 2004 saya seorang jurugambar
perkahwinan. Saya bersara dari fotografi perkahwinan kira-kira 3 tahun yang
sudah kerana menguruskan pelbagai perniagaan-perniagaan yang ada. Namun,
sepanjang tempoh itu, saya pernah berada dalam majlis perkahwinan dengan bajet
tak sampai RM3000 dan juga majlis perkahwinan bernilai RM60 Juta (Saya tak
boleh nyatakan siapa tapi yang penting bukan perkahwinan yang banyak
bunga-bunga tu).
Ehsan Google image. |
Saya suka nak cerita tentang perkahwinan
harga RM3000 tu. Ketika itu, rate saya baru RM1000 untuk 1 majlis. Perkahwinan
ini berlaku dengan ringkas sahaja. Si Lelaki dan Si Perempuan bertemu dan suka
sama suka. Lelaki itu terus tanya Si Gadis
Lelaki : Nak kahwin dengan saya?
Gadis : Boleh juga
Lelaki : Tapi low bajet tau..
Gadis : Lagi baik.
Maka mereka mengisi borang nikah dan masuk
kursus kahwin. Si Lelaki bercerita kepada saya yang dia pergi merisik sendiri
Si Bapa Gadis. Nampak macam tidak sopan tetapi sebenarnya bukan niat nak
merisik, sebenarnya nak jumpa ibu bapa Si Gadis yang merupakan seorang guru.
Terus terang ditanyakan kepada ibu bapa Si
Gadis dengan terus terang yang beliau mahu menikahi anaknya. InsyaAllah katanya
beliau mampu untuk menjadi suami yang baik cuma tidak mampu belanja perkahwinan
yang mahal. Katanya, tidak guna perkahwinan yang mahal jika selepas kawah
telangkup semula, hutang mula mahu dibayar. Tak guna belanja perkahwinan mahal
jika masa mengumpul terlalu lama dan bukan sekadar duit berjaya dikumpul, dosa
juga makin lama makin terkumpul. Mula-mula dosa kering lama-lama jadi dosa
basah.
Katanya, beliau nekad kalau ibu bapa Si
Gadis tak setuju, beliau rela jika tidak memperisterikan gadis itu. Rupanya,
mudah bagi Si Bapa Gadis menerimanya hanya kerana tidak mahu anak dan bakal
menantunya terus menerus mengumpul dosa.
Terus dikatakan kepada Si
Lelaki….”Panggillah orang tua-mu bakal menantu-ku”
Ehsan Google imej. |
Maka datanglah ibu bapa Si Lelaki pada
keesokannya dengan sebuah kereta. Ibu dan bapa beserta sebuah dulang berisi
cincin dan sirih junjung buat sendiri diiring adik beradik dengan pakaian baju
melayu dan kurung ringkas tanpa jade dan permata juga lampu liplap blink blink
hari raya. Terus hantar tanda maka bertunanglah mereka berdua mengikut adat dan
terus ditetapkan tarikh langsungnya sebulan kemudian.
Saya berada semasa pernikahan dan
perkahwinan yang berlangsung di Negeri Kedah. Memang mereka pun jenis orang
Utara kahwin orang Utara. Cuma lain-lain kawasan sahaja. Pernikahan dibuat di
surau berhampiran rumah SI Gadis. Ringkas sahaja tanpa dulang belulang.
Maskahwin dan cincin semua dalam 1 dulang. Cincin belah rotan sahaja tanpa
solitaire permata dan platinum. Dan cincin itu juga diakad sebagai maskahwin.
Hadiah perkahwinan sekadar telekung,
sepasang baju kurung, sirih junjung yang wajar-wajar sahaja. Menariknya,
hantaran itu tidak letak atas paha tembaga pun, sekadar dalam dulang biasa
sahaja. Si Gadis pula mengenakan solekan sendiri. Ringkas sahaja tanpa lebam
mata dan lebam pipi. Sekadar mengenakan sedikti lipstick dan bedak tipis. Baju
kahwin katanya baru semalam beli di Mydin yang dah siap.
Sekali lafaz, sah!
Balik terus ke rumah Si Gadis ada 1 khemah
sahaja dengan rakan-rakan sekampung terdekat sekitar 100 orang yang datang
meraikan. Selepas makan semua beredar dan majlis pun tamat.
Minggu berikutnya Si Lelaki mengadakan doa
selamat ringkas di rumahnya dengan ahli qariah tempatan sahaja yang bertamu.
Saya pula dijemput sebagai kawan dan saya terpaksa datang kalau tak nanti mahu
berpatah arang. Dah lah saya datang sebagai tetamu, dia bagi ayat power “Aku
tak harap hadiah apa dari hang pol…hang ambik gambaq aku pun dah sempoi
habess”.
Aku terjerat. Tapi aku OK sahaja. Aku happy
dan aku rasa dia pun bukan ada duit sangat. Pelamin pun pakai sofa dalam rumah,
hias lebih kurang itupun untuk buat tempat ambil gambar.
Semasa itu saya masih bujang. Dan saya
tanyakan beliau berapa kos perkahwinannya? Dia kata tak habis RM3000. Cincin
RM300 (maskahwin), cincin tunang (RM300), belanja kenduri perempuan RM1000 dan
belanja kenduri lelaki RM800 dan baki tu beli baju baru.
Dia berjaya inspire saya untuk berkahwin
tanpa hutang. Alhamdulillah, saya berjaya kahwin setahun selepas dia kahwin.
Ayah Mertua saya bila ayah saya tanya berapa hantaran lalu ayah mertua saya
jawab “Itu biarlah anak-anak yang tetapkan…saya terima sahaja”.
Lawatan saya yang pertama selepas
perkahwinan mereka ialah semasa mereka menetap di Flat Taman Datuk Senu. Minggu
lepas saya berjumpa mereka tinggal di Bangi. Si Isteri tidak bekerja kerana
menjaga 4 orang anak dan suaminya antara salah seorang Engineer Consultant di
firma antarabangsa Oil & Gas di KLCC. Rumahnya besar untuk dia menjaga ibu
bapa dan mertua yang selalu bertandang melihat cucu. Dengan gaji RM3,000 sehari
beliau masih sederhana dengan sebuah Proton Waja untuk bekerja dan sebuah
Toyota Alphard untuk kegunaan keluarga.
Dia bukan kedekut, tapi dia berbelanja
berhemah dengan bajet surplus.
Jika orang biasa boleh bertanding terus
jawatan Perdana Menteri, saya suka untuk calonkan orang begini menjadi Perdana
Menteri. Bukan tidak boleh berbelanja cuma beliau berbelanja pada yang perlu.
Ada saudara terdekat saya kahwin pakai
hutang Bank Rakyat. Dah 2 tahun bercerai walaupun masa wedding dulu sweet macam
nak nangis tengok video presentation ala-ala Hollywood tapi dibayar guna duit
loan. Lagi teruk, hutang kahwin masih perlu dibayar ansurannya walaupun sudah 2
tahun bercerai.
Tak salah nak buat grand-grand dengan bajet
besar jika mampu. Setiap orang kan ada kemampuan mereka yang tersendiri. Yang
kaya nak merendah itu tak ada salahnya, yang rendah nak meninggi macam Si Kaya
itu yang akhirnya dikejar hutang.
Ehsan google imej. |
Ukur baju badan sendiri. Jangan ikut orang
lain. Perkahwinan sebenarnya mudah cuma kita ni sahaja yang takut sangat hilang
status sosial. Bila sebut pasal kahwin soalan berapa tetamu? berapa khemah?
berapa dulang? di ballroom mana? designer mana? hire saiful nang ke? dan banyak
lagi untuk status sosial semata.
Rahsiakan pertunangan dan umumkan
pernikahan walaupun dengan seekor kambing – hadith.
Dalam Islam, mudah sahaja.
Kita yang buat jadi susah.
Dalam islam rukun nikah ada 5 sahaja.
Busana Rizalman, fotografer Saiful Nang, venue Garden, kenduri 25 khemah semua
itu bukan rukun nikah.
Jodoh terbaik anda ialah mereka yang mengutamakan
pernikahan berbanding status sosial dalam perkahwinan.
Selamat mencuba!
credit to Saiful Nang
Buat yang ingin mulai investasi lihat juga nih, Kiat Investasi Reksa Dana
ReplyDelete