Ada apa di Air Terjun Serendah?

23:00:00 Hasif Hamidun 18 Comments



Air Terjun Serendah atau Serendah Waterfall merupakan salah satu tempat tumpuan untuk dilawati ketika hujung minggu.



Lokasi air terjun ini terletak di Serendah, daerah Hulu Selangor. Air terjun Serendah merupakan tempat tumpuan bagi yang berkeluarga dan juga anak muda kerana lokasinya berdekatan ibu kota Kuala Lumpur iaitu lebih kurang 35km dari Kuala Lumpur malah senang dilawati dengan kereta & motosikal.



Anda boleh pergi ke air terjun Serendah ini dengan banyak jalan. Yang pertama, jika anda dari Kuala Lumpur, anda boleh melalui Lebuh raya Plus Utara-Selatan. Selepas R&R Rawang, anda akan jumpa susur keluar ke Sungai Buaya & Serendah. Di papan tanda tersebut akan tertera "Persimpangan Sg. Buaya". Seterusnya, anda perlu rujuk papan tanda menuju ke Serendah. Jika anda dari Selayang, anda akan melalui Rawang kira-kira 10km. Sampai di pekan Serendah, di sebelah kiri ada Balai Polis Serendah. Selepas itu, anda jumpa persimpangan lampu isyarat Kampung Dato’ Harun.  Masuk kanan di persimpangan ini. Dari persimpangan ini, anda akan sampai ke air terjun Serendah kira-kira dalam 10 minit. Selepas Taman Idaman, ambil laluan ke arah Kampung Orang Asli / Pusat Serenti Serendah.

5 minit memandu melalui perkampungan orang asli, sampailah ke lokasi Air Terjun Serendah atau lebih dikenali sebagai Templer Kai dikalangan penduduk tempatan.  Di sini terdapat tapak perkhemahan, taman permainan untuk anak-anak  juga tandas untuk kegunaan orang awam. Parkir kereta juga disediakan. 

Selamat bercuti! :)

Signboard menuju Air Terjun Serendah.
Melalui perkampungan Orang Asli Serendah.
Sekitar perkampungan orang asli.
Ada projek pembangunan rumah orang asli.
Jalan yang mendamaikan.
Jalan raya yang agak sempit. Berhati-hati..
Permandangan hijau.
Tiba di air terjun Serendah. Air terjun di belakang sana. Jadi, kena jalan kaki sikilah.
Terdapat banyak pondok kecil untuk kemudahan pengunjung.
Anak sungai agak keruh selepas hujan lebat di sini.
Keadaan anak sungai selepas hujan.
Kemudahan tapak perkhemahan turut disediakan.
Permandangan sekitar air terjun.
Taman permainan kanak-kanak juga disediakan.
Bersih dan terpelihara.
Pondok disediakan. Boleh buat BBQ bersama family.
Laluan menuju air terjun.
Orang ramai bermandi-manda.
Kawasan mandi dikosongkan akibat hujan lebat.
Banyak ranting-ranting dan daun-daun dari kawasan atas. Pengunjung tidak dibenarkan mandi kerana kebarangkalian kepala air akan muncul tiba-tiba.
Pondok untuk berkelah bersama keluarga.
Melihat air mengalir deras. Tidak selamat untuk mandi-manda.
Sekian, terima kasih.
Jumpa lagi.


You Might Also Like

18 comments:

  1. Salam Sejahtera En Hasif, pondok tu mmg khas utk buat BBQ ke or kta kna bwk perkakas utk buat BBQ? Thank you..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Encik boleh bawa perkakas sendiri. Tempat tu hanya menyediakan pondok.

      Delete
  2. Sekarang buka ke?boleh mandi?

    ReplyDelete
  3. Pernah terjadi kepala air ke kat sini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti pula. Tetapi apabila hujan lebat, pengawal kat situ minta semua pengunjung tidak berada dalam kawasan air. Mungkin untuk elak perkara yg tak diingini.

      Delete
  4. berapa jauh jalan kaki sehingga ke air terjun?

    ReplyDelete
  5. Kalau nak berkhemah dan bermalam sehari boleh ke?

    ReplyDelete